Monday, July 20, 2026

Gabungan PN, BN dah tak relevan – Puad Zarkashi

Negara juga tidak perlu mempunyai pertukaran kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GABUNGAN Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan baru disifatkan sudah tidak lagi relevan.

Bahkan menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi, gabungan itu tidak perlu difikirkan lagi kerana dianggap hanya membuang masa sahaja.

Menurutnya, negara juga tidak perlu mempunyai pertukaran kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diberi peluang mentadbir negara sehingga tamat tempoh PRU16.

“Isu PN-BN bergabung jika Bersatu tidak lagi dipimpin oleh Muhyiddin adalah mengarut. (Dia) dan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin sama sahaja. Dua-dua suka tikam belakang,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan bahawa kononnya tanpa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, BN dan PN boleh bekerjasama untuk mengambil alih Putrajaya.

Dalam pada itu, Mohd. Puad menegaskan, penglibatan UMNO dalam kerajaan baharu adalah untuk kepentingan negara.

“UMNO bukan pak turut dalam kerajaan baru. Tetapi UMNO adalah ‘partner’ (rakan) yang boleh bekerjasama demi rakyat,” katanya.

-EDISI9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan