24.9 C
Kuala Lumpur
Monday, January 30, 2023

Cadangan kuarantin pengembara dari China tidak sesuai

Harus diperingatkan varian baru boleh merebak merentas sempadan antarabangsa dengan pantas dan boleh muncul di mana-mana.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CADANGAN melakukan ujian dan kuarantin semua pengembara dari China ke Malaysia berikutan kebimbangan lonjakan kes COVID-19 di negara itu, dilihat tidak sesuai.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, untuk perhatian kita perlu lihat dengan terperinci matlamat dan kesesuaian masa pelaksanaan serta keberkesanan tindakan untuk menguji dan kuarantin semua pengembara dari negara China tersebut.

“Jika matlamat kita adalah untuk mengurangkan jangkitan kes dalam negara, ternyata ini tidak akan berkesan kerana COVID-19 sudah pun berada di persekitaran dalam negara dengan pelbagai subvariant dalam fasa peralihan endemik dan mitigasi untuk kita hidup bersama virus tersebut.

“Jika matlamat kita adalah untuk mencegah potensi varian baru SARS-CoV-2 memasuki negara (buat masa ini maklumat varian/subvarian yang dikongsikan oleh negara China kepada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menunjukkan Malaysia juga mengesan varian/subvarian yang sama melalui jujukan genomik), maka untuk keberkesanan kita perlu pastikan ujian RT PCR negatif atau rtk Ag (profesional) sebelum berlepas dari semua destinasi bukan hanya dari negara China sahaja dan ini juga perlu melibatkan rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara, “katanya menerusi hantaran di Facebook.

Baca juga:   4PAM bimbang ura-ura pengambilalihan LTSAAS

Dr Noor Hisham berkata demikian susulan menerima pelbagai pandangan dan kebimbangan disuarakan susulan pembukaan sempadan negara China pada 8hb Januari 2023.

Beliau berkata, harus diperingatkan varian baru boleh merebak merentas sempadan antarabangsa dengan pantas dan boleh muncul di mana-mana.

Baca juga:   Pelajar Malaysia ditahan di Mesir telah dibebaskan
Rakyat Malaysia disarankan untuk mendapatkan perlindungan vaksin dan dos penggalak.

“Maka tumpuan dan tindakan kita hanya untuk negara China sahaja tidak akan berkesan dan juga tidak munasabah,” katanya.

Sehubungan dengan itu, ujar beliau, kita perlu meningkatkan pemantauan dan survelan dari pelbagai sumber dan bukan hanya dari pengembara dari China sahaja tetapi dari semua destinasi.

“Apa yang penting adalah berkongsi maklumat jujukan genomik dengan negara-negara lain dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ini dapat dijalankan melalui pengambilan sampel dan ujian secara rawak oleh pihak KKM/ IMR.

“Kita sepatutnya jangan alpa dan meningkatkan aktiviti pencegahan dan kepatuhan kepada tindakan kesihatan awam (amalkan 3W dan elakkan 3S).

“Rakyat Malaysia disarankan untuk mendapatkan perlindungan vaksin dan dos penggalak.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memperkukuhkan sistem kesihatan di klinik kesihatan dan hospital untuk merawat pesakit yang dijangkiti,” katanya.

Dalam pada masa sama, katanya, KKM akan terus memantau perkembangan situasi pandemik COVID-19 ini, dan penilaian risiko akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi melaksanakan langkah-langkah kesihatan awam yang berkesan. – Edisi 9

Baca juga:   Baik buruk trend berkahwin pada usia muda

Wartawan

Terkini

Kemerosotan jumlah pelajar aliran sains jejas pembinaan negara

KEMEROSOTAN jumlah pelajar aliran sains di sekolah-sekolah menengah semakin membimbangkan dan situasi itu perlu ditangani dengan segera, kata Ahli...

Lagi Artikel Berkaitan