29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Anwar ke Pantai Timur esok tinjau keadaan banjir

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ‘turun padang’ ke Pantai Timur esok bagi memantau situasi semasa banjir yang melanda negeri Kelantan dan Terengganu.

Anwar berkata, susulan itu, kerajaan juga akan menyegerakan bantuan kepada mangsa banjir terutamanya di negeri Pantai Timur melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Tetapi oleh kerana perkembangan mendesak semasa seperti banjir yang telah meragut nyawa di Pantai Timur dan juga beberapa keperluan segera, maka ada pertimbangan untuk menyegerakan serta memberikan penambahan tidak daripada segi belanjawan kerana ia tertakhluk kepada bulan Mac saja.

“Bagaimanapun, penyesuaian daripada kelulusan yang ada supaya dapat diperkasakan Nadma dan peruntukan tambahan khususnya di Kelantan dan Terengganu.

“Jadi, saya bercadang segera ke sana untuk memantau dan membantu apa yang dirasakan mendesak.

“Insya-Allah, esok saya akan ke Pantai Timur untuk memantau situasi banjir di sana,” katanya hari ini.

Anwar berkata demikian ketika berucap di Dewan Rakyat dalam sesi Sidang Khas Parlimen yang dijalankan selama dua hari bermula semalam.

Beliau turut mengumumkan beberapa inisiatif bagi meringankan beban kos sara hidup antaranya memberikan tambahan RM200 bagi setiap isi rumah pekebun kecil getah pada Januari ini.

Bantuan tersebut merupakan tambahan kepada Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang telah disalurkan bagi bulan November dan Disember berjumlah RM600 melibatkan hampir 320,000 pekebun kecil.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan