29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Lelaki ditahan ancam bunuh Agong

Lelaki itu yang menggunakan akaun Instagram memuatnaik kandungan itu bersama foto Baginda.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Lelaki itu yang menggunakan akaun Instagram memuat naik kandungan itu bersama foto Baginda.

Tangkap layar kandungan itu turut tersebar di media sosial yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis di Kajang, pukul 10.30 malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan polis kira-kira pukul 10.52 malam kelmarin di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang berhubung video berdurasi 15 saat yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Instagram.

Menurutnya, hasil penelitian mendapati video tersebut menyatakan ketidakpuasan hati pemilik akaun Instagram terhadap YDPA dalam pemilihan Perdana Menteri.

“Berdasarkan video tersebut juga melabelkan salah satu kaum di negara ini sebagai korupsi.

“Malah turut menghasut orang ramai untuk membuat demonstrasi bagi membantah kuasa YDPA dalam pemilihan calon Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek yang telah ditahan itu kini direman selama tiga hari bermula hari ini selepas dibenarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

-EDISI9

Terkini

Siti Hajar berhasrat bawa masyarakat cakna isu semasa

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan