29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kerajaan gerak ATM, Rela bantu polis jika banjir

Bantuan itu diperlukan kerana sebahagian besar kekuatan PDRM dikhususkan untuk PRU15.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan pelbagai agensi lain bagi membantu Polis Diraja Malaysia sekiranya berlaku bencana banjir ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, bantuan itu diperlukan kerana sebahagian besar kekuatan PDRM dikhususkan untuk PRU15.

Beliau berkata, di peringkat kementerian itu, walaupun kira-kira 80,000 anggota polis telah digerakkan bagi menghadapi PRU15, lebih ramai diperlukan untuk bertugas jika berlaku banjir pada masa yang sama.

“Jadi kita telah mengarahkan pihak Rela untuk bersama membantu namun masih tidak cukup… saya turut minta bantuan daripada anggota tentera dan beberapa agensi lain sekiranya banjir berlaku ketika PRU15, maklum sahajalah bila banjir berlaku, Ketua Polis Daerah adalah pengarah kawasan dan pada masa sama, mereka terpaksa menjaga keselamatan ketika pilihan raya,” katanya kepada pemberita di Tasek Gelugor malam tadi.

Advertisements

Beliau berkata demikian selepas bertemu orang ramai di Pusat Daerah Mengundi Taman Senangan di Teluk Air Tawar bersama calon Perikatan Nasional (PN) daripada Bersatu bagi Parlimen Tasek Gelugor iaitu Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Hamzah, yang merupakan calon Bersatu di Parlimen Larut, diminta mengulas persediaan kerajaan jika berlaku bencana itu ketika PRU15 berikutan beberapa kawasan telah pun mengalami banjir ketika ini.

Setiausaha Agung PN itu juga berkata, beliau meminta polis agar sentiasa bersiap siaga jika berlaku banjir ketika PRU15 untuk menjaga keselamatan rakyat. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan