25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Ular sawa seberat 20 kg dalam mesin basuh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEEKOR ular sawa berukuran 1.8 meter seberat 20 kilogram ditemui di dalam mesin basuh di sebuah premis dobi yang terletak di Taman Impian Emas, Johor Bahru semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Suhaimi Mohd. Jamal, berkata pelanggan melaporkan kejadian itu kepada pemilik premis yang kemudian menghubungi anggota bomba.

Katanya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan itu pada jam 9.41 pagi.

Advertisements

“Menurut komander operasi, mereka menemukan seekor ular sawa berukuran 1.8 meter seberat 20 kilogram yang berada di dalam mesin basuh di kedai itu.

“Anggota di lokasi menangkap ular berkenaan dengan menggunakan penjerut dan dilepaskan di kawasan jauh dari penempatan orang awam,” katanya, lapor BH Online.

Menurut Suhaimi, reptilia yang ditemui itu tidak berada dalam keadaan agresif ketika cuba ditangkap.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan