28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Polis tahan ibu bapa ‘cuai’ kanak-kanak main di balkoni

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (2001). 

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan ibu bapa kepada dua kanak-kanak yang bermain di balkoni sebuah kondominium di Setapak, Kuala Lumpur yang tular dalam media sosial semalam. 

Susulan itu, satu laporan polis dibuat pegawai dari Bahagian (D11) Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Sama, ketika kejadian, ibu bapa kepada dua kanak-kanak itu berada di rumah namun tidak menyedari kejadian terbabit.

“Kejadian itu melibatkan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan adik lelakinya berusia dua tahun. 

“Difahamkan, ibu bapa terbabit telah dipanggil untuk dirakam percakapan oleh pegawai penyiasat dan telah dibenarkan pulang malam tadi. 

“Pegawai penyiasat akan lengkapkan siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ujar Ashari lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (2001). 

Advertisements

Menurutnya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

“Polis menasihati ibu bapa agar tidak meninggalkan anak-anak kecil bersendirian tanpa pengawasan kerana perbuatan itu boleh dianggap sebagai satu kecuaian di bawah Akta Kanak- Kanak. 

“Kita juga memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkannya ke IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Semalam, polis sedang mengesan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang dilihat berada di belebas tingkap sebuah kediaman di sebuah pangsapuri di Setapak.

Ini susulan video berdurasi 11 saat menunjukkan seorang kanak-kanak serta seorang bayi dilihat berada di belebas tingkap kediaman terbabit yang tular dalam media sosial.

Dalam video itu juga, kanak-kanak berkenaan dilihat seperti cuba melompat dari belebas tingkap berkenaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan