34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Lelaki kempen PRU15 miliki rekod jenayah lampau ditahan

Polis mendapati seorang lelaki tempatan sedang berkempen PRU15 dengan memegang sebatang kayu yang diikat bendera parti sambil memegang pembesar suara.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki ditahan polis di Jalan 45/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2, di Kuala Lumpur, semalam susulan berkempen sehingga menghalang penjawat awam melakukan tugas.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul menerima makluman kejadian tersebut sekitar pukul 5.45 petang.

Menurutnya, pihaknya mendapati seorang lelaki tempatan sedang berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan memegang sebatang kayu yang diikat bendera parti sambil memegang pembesar suara.

“Oleh itu, polis telah memperkenalkan diri dan meminta suspek turut memperkenalkan diri, namun lelaki itu enggan memberikan kerjasama lalu membuat provokasi mempersoalkan kuasa polis.

”Setelah menerangkan hak-hak untuk menahan dan memeriksa, kami telah menasihati suspek untuk beredar. Bagaimanapun, suspek sekali lagi bertindak melakukan provokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Susulan itu, ujar Eng Lai, individu berusia 44 tahun itu telah ditahan bagi siasatan lanjut.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan jenayah lampau.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 283 Kanun Keseksaan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan