25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Lelaki Afrika mati ditetak lepas berhibur

Anggota polis di Balai Polis Pudu memaklumkan terdapat tiga lelaki warga Afrika telah cedera dipercayai akibat pergaduhan sekitar pukul 5.35 pagi.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LAPAN warga Afrika termasuk dua wanita ditahan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang maut ditetak di kawasan pusat hiburan di Jalan Tun Razak, di Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, anggota polis di Balai Polis Pudu memaklumkan terdapat tiga lelaki warga Afrika telah cedera dipercayai akibat pergaduhan sekitar pukul 5.35 pagi.

Menurutnya, salah seorang daripada mangsa telah meninggal dunia ketika diberikan rawatan di sebuah hospital swasta.

”Hasil siasatan pihak polis mendapati mangsa dan rakannya bergaduh dengan sekumpulan lelaki berketurunan sama berpunca selisih faham di dalam pusat hiburan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah iaitu kesan luka akibat tetakan di belakang leher,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Ujar Ashari lagi, anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Wangsa Maju telah menahan enam Lelaki dan dua wanita warga Afrika itu di sekitar Kuala Lumpur untuk membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau di mana-mana balai polis berhampiran.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan