25.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

Kerajaan pandang serius isu keciciran pendidikan Orang Asli

Berdasarkan statistik terkini, kehadiran ke sekolah bagi murid-murid sekolah rendah dalam kalangan masyarakat Orang Asli mencapai 80 peratus.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memandang serius isu keciciran pendidikan dalam kalangan pelajar Orang Asli yang mencatat lebih 10 peratus.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara itu antara tiga kertas yang dibentangkan pada Mesyuarat Perundingan Orang Asli (MPOA) 2022 yang berlangsung hari ini.

“Antara faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar ini tidak ke sekolah adalah masalah pengangkutan, keluarga dan tidak mengambil berat mengenai pendidikan kerana ia bukanlah keutamaan untuk mereka,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu di Cyberjaya, hari ini.

Jelas Mahdzir, berdasarkan statistik terkini, kehadiran ke sekolah bagi murid-murid sekolah rendah dalam kalangan masyarakat Orang Asli mencapai 80 peratus.

Selain isu pendidikan, dua lagi kertas pembentangan MPOA adalah berkaitan Status Kesihatan dan Pewartaan Tanah Masyarakat Orang Asli.

Tambah Mahdzir, segala input mesyuarat MPOA yang kali terakhir diadakan pada 2017 itu akan dibincangkan di peringkat KPLB sebelum di bawa ke mesyuarat Kabinet.

Baca juga:   UMNO nafi bergabung dengan PH selepas PRU15

“Dalam aspek kesihatan, antara perkara yang dibangkitkan adalah menyarankan kerajaan pertimbang memperbanyakkan pusat rawatan berpusat di beberapa penempatan Orang Asli bagi mengatasi isu kos,” katanya.

Dalam pada itu, KPLB katanya juga giat menjalankan kerjasama dengan kementerian-kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan.

“Kita menyediakan perkhidmatan seperti pengangkutan murid sekolah, penyediaan bantuan pakaian seragam ke sekolah bagi tahun 1 sekolah rendah dan tingkatan satu sekolah menengah, bantuan insentif wang saku dan beberapa bantuan kewangan mengikut skop dan beberapa bantuan kewangan lain,” ujarnya lagi.

Baca juga:   KEDA bina 5,173 rumah untuk golongan miskin

Sementara itu Mahdzir berkata, setakat Disember 2021, sebanyak 40,600 hektar tanah Orang Asli yang telah diwartakan kepada masyarakat Orang Asli dengan melibatkan 215 kampung.

“Pewartaan itu dibuat melalui Akta Orang Asli 1954 membabitkan penempatan kediaman, ladang dan dusun buah-buahan, manakala 638 kampung lagi masih dalam proses pewartaan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Untuk rekod tedapat 853 buah kampung Orang Asli di seluruh Semananjung dengan Pahang, Kelantan dan Perak merupakan penempatan tertinggi.

Turut hadir pada mesyuarat itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Ahmad Yakob, Timbalan Menteri I KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Sapiah Mohd Nor, Exco negeri serta wakil masyarakat Orang Asli.

Baca juga:   FELCRA agih keuntungan RM136.4 juta kepada 73,000 peserta

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Op Tapis Khas: 28,710 individu ditahan pelbagai kesalahan dadah

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan 28,710 individu kerana disyaki terbabit pelbagai kesalahan dadah di seluruh negara dalam 'Op Tapis...

Lagi Artikel Berkaitan