Thursday, July 23, 2026

Debaran Bajet 2023 makin terasa – Tengku Zafrul

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan kementeriannya kini sedang giat merangka Belanjawan (Bajet) 2023 yang dijangka akan dibentangkan Jumaat ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau memuat naik beberapa keping gambar situasi terkini kakitangan kementeriannya yang bersengkang mata menyiapkan Belanjawan 2023 untuk #KeluargaMalaysia.

“Debaran bajet makin terasa. Sekarang nak dekat 12 tengah malam, tapi #TeamMOF masih bersengkang mata merangka bajet untuk #KeluargaMalaysia.

Pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan bersama Tengku Zafrul bertungkus lumus merangka Belanjawan 2023 yang dijadual akan dibentangkan pada Jumaat ini.

“Dah lebih tiga minggu mereka berkampung di sini (Putrajaya). Ada yang dah beberapa hari tak balik rumah bagi memastikan penyediaan bajet yang Responsif, Bertanggungjawab dan Reformis,” katanya dalam hantaran itu malam tadi.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada kumpulan yang berusaha menyiapkan Belanjawan 2023 agar berjalan dengan baik.

“Mohon titipkan doa untuk seluruh team MoF agar penyediaan bajet berjalan lancar. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang dan pelaksana,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan