36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

[Video] Kerajaan pimpinan UMNO berjaya bina semula negara

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

KERAJAAN pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) diterajui oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini telah berjaya membina semula negara setelah teruk dilanda pandemik Covid-19.

Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor, Amin Mohd Shukor berkata, banyak inisiatif kerajaan di bawah dasar Keluarga Malaysia telah diberikan kepada rakyat sebagai jalan keluar daripada kesan pandemik, baik bagi golongan B40 sehinggalah M40.

Beliau berkata, inisiatif yang dimaksudkan itu merupakan agenda aktiviti dan solusi yang dilaksanakan di bawah menteri-menteri Kabinet khususnya dari UMNO dan BN.

“Banyak aktiviti dijana dan dihidupkan semula secara konstruktif, progresif khusus untuk rakyat. Sebagaimana di bawah Khairy Jamaludin, Tan Sri Noh Omar, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Shahidan Kassim dan juga Datuk Seri Reezal Merican.

“Yang ditawarkan ini adalah solusi, walaupun banyak argument (hujah) daripada pihak pembangkang,” katanya kepada Edisi 9 di Shah Alam, baru-baru ini.

Ikuti temu bual eksklusif wartawan MOHD NAIM AZIZ menerusi rakaman video di bawah:

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Malaysia Negeri Johor menyerbu sebuah pusat hiburan di Taman Mount Austin, Johor Bahru awal pagi ini dan...

Lagi Artikel Berkaitan