29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Solat jenazah ghaib buat Almarhum Sheikh Yusuf al-Qaradawi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan Solat Jenazah Ghaib buat Almarhum Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi di tiga buah masjid utama Jakim selepas solat Isyak malam ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, ia akan diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur dan Masjid Putra serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

“Kami juga ingin menjemput semua Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri melalui masjid dan surau di seluruh negara agar turut sama mengadakan Solat Jenazah Ghaib buat Almarhum.

“Jakim menzahirkan ucapan takziah atas kembalinya ke rahmatullah Dr. Yusof Al-Qaradawi yang meninggal dunia pada usia 96 tahun di Doha, Qatar semalam.

Advertisements

“Almarhum yang juga Ketua Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada tahun 1431H/2009,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ujar beliau, pemergian Almarhum merupakan suatu kehilangan yang amat besar buat

Hakimah berkata, jasa Almarhum khususnya dalam dunia keilmuan, pemikiran dan dakwah sangat memberi kesan terhadap perkembangan dan kemajuan umat di seluruh dunia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan