25 C
Kuala Lumpur
Monday, October 3, 2022

Polis KL tumpas sindiket pengedaran dadah, 4 lelaki ditahan

Siasatan mendapati sindiket yang aktif sejak empat bulan lepas itu mendapatkan bekalan daripada sebuah negeri di utara Semenanjung.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Kuala Lumpur berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis syabu di ibu negara susulan penahanan empat lelaki menerusi serbuan di kawasan tempat letak kereta di Taman Seri Sentosa, Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman, berkata kesemua suspek berusia 34 hingga 43 tahun itu ditahan bersama syabu seberat 5.4 kilogram yang dianggarkan bernilai RM193,680.

Beliau berkata, siasatan mendapati sindiket yang aktif sejak empat bulan lepas itu mendapatkan bekalan daripada sebuah negeri di utara Semenanjung dan membekalkan dadah kepada individu dikenali sahaja.

“Semua individu ditahan tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menjadikan kegiatan pengedaran dadah sekitar Kuala Lumpur sebagai punca pendapatan utama.

Baca juga:   Dua beradik lelaki mati lemas dalam parit

“Hasil semakan mendapati tiga daripada empat individu ditahan mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan narkotik dan jenayah serta positif dadah jenis ganja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata, empat individu itu direman tujuh hari sehingga 26 Sept dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Penyatuan ummah: UMNO letak syarat jika Pas mahu kembali

UMNO bersedia untuk mengembalikan agenda penyatuan ummah yang pernah digerakkan bersama Pas namun tidak akan sesekali menerima mereka yang...

Lagi Artikel Berkaitan