24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

KPDNHEP bendung jual minyak masak dalam talian

Sebanyak 121 iklan penjualan minyak masak secara dalam talian telah dinyah turun sejak awal tahun ini.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bekerjasama dengan beberapa penyedia platform e-dagang tempatan dalam usaha membendung aktiviti penjualan minyak masak secara dalam talian.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, hasil kerjasama dengan penyedia platform seperti Shopee, Lazada dan Mudah.my, sebanyak 121 iklan penjualan minyak masak secara dalam talian telah dinyah turun sejak awal tahun ini hingga Isnin lepas.

Selain itu, beliau berkata bagi tempoh sama, 55 pemeriksaan dilakukan KPDNHEP di seluruh negara berhubung aktiviti penjualan minyak masak secara dalam talian.

Advertisements

Menurutnya, tiga tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 diambil ke atas pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan kesalahan berkaitan penjualan minyak masak secara dalam talian melibatkan nilai rampasan berjumlah RM1,564.90.

“Antara kesalahan yang dikesan ialah berurus niaga secara borong dan runcit barang kawalan berjadual iaitu minyak masak tanpa lesen yang sah dan menyimpan minyak masak di tempat yang tidak dilesenkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman turut meminta masyarakat untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan menyalurkan sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan berjadual.- BERNAMA

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan