26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

Kaji semula Akta 715, 333 kurangkan beban pemandu ‘e-hailing’

Ia antara tiga resolusi dikemukakan Pemuda UMNO melalui Sekretariat Hal Ehwal Pekerja Muda hasil Persidangan Meja Bulat Tuntutan Gabungan E-Hailing

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN disaran membuat penilaian semula terhadap Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi mengurangkan beban ditanggung pemandu e-hailing.

Ia antara tiga resolusi dikemukakan Pemuda UMNO melalui Sekretariat Hal Ehwal Pekerja Muda hasil Persidangan Meja Bulat Tuntutan Gabungan E-Hailing yang dijayakan hampir 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), hari ini.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata Akta 715 dan Akta 333 perlu dikaji semula selepad diwartakan tiga tahun lepas, bagi meneliti beberapa aspek membabitkan pemandu e-hailing, antaranya kos dan cara milikan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).

Beliau berkata, semakan semula itu juga perlu menitikberatkan aspek Permit Kenderaan e-hailing (eVP), PUSPAKOM, insurans e-hailing dan perkara berkaitan bagi mengurangkan pelbagai kos permulaan serta tahunan yang perlu ditanggung pemandu terbabit.

Baca juga:   Tun Rahah diberi penghormatan ‘Istiadat Pengebumian Negara’

“Terdapar lebih 130,000 pemandu e-hailing yang bekerja secara sepenuh dan separuh masa di seluruh negara ketika ini.

“Kesemua mereka terkesan dengan kenaikan kos sara hidup serta penyelenggaraan kenderaan hingga lebih 60 peratus dan kos sara hidup yang meningkat sejak 2018 tetapi kadar tambang tidak dikaji semula sepanjang tempoh sama.

“Kita juga mencadangkan supaya harga tambang asas e-hailing tidak kurang lima peratus daripada harga perkhidmatan teksi, selain kadar komisen pemandu e-hailing kenderaan persendirian perlu diseragamkan kepada 10 peratus, menyamai teksi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Baca juga:   Tanah runtuh Tambun, dua maut tertimbus

Asyraf Wajdi berkata, persidangan sama turut mencadangkan kerajaan agar mewujudkan inisiatif berterusan secara langsung dan telus dengan menyediakan sistem sokongan kepada semua pemandu e-hailing untuk beralih kepada sektor formal atau perniagaan lebih terjamin.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan dicadangkan memberi bantuan berkesan kepada pemandu e-hailing melalui pembentangan Bajet 2023.

“Antara bantuan yang memerlukan pertimbangan kerajaan ialah subsidi 100 peratus caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri, pengecualian bayaran eVP, lesen kenderaan bermotor dan PUSPAKOM.

“Banyak lagi isu lain berkaitan kebajikan pemandu e-hailing dibincangkan secara terperinci, dan Pemuda UMNO terus komited membawa pandangan serta luahan mereka (kepada kerajaan).

“Kita juga akan mengaturkan pertemuan Gabungan E-Hailing Malaysia bersama pihak E-Hailing Operator (EHO) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam masa terdekat bagi membincangkan resolusi ini dengan lebih efektif,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Tanah runtuh Tambun, dua maut tertimbus

Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan