25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Bas bawa pelajar KMK terbakar, Radzi arah tindakan segera

Kesemua pelajar berkenaan dalam perjalanan pulang ke kolej selepas cuti semester.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengarahkan Bahagian Matrikulasi serta Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) mengambil tindakan segera bagi membantu pelajar yang terlibat dalam insiden bas yang membawa 44 pelajar matrikulasi terbakar.

Dalam kejadian tersebut,  seramai 44 pelajar KMK menempuh detik cemas apabila bas ekspres yang dinaiki terbakar di Kilometer 35, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perah, dekat Gerik, Perak kira-kira pukul 2 petang.

Menurut Radzi, kesemua pelajar berkenaan dalam perjalanan pulang ke kolej selepas cuti semester.

“Lewat petang tadi saya menerima berita tentang insiden bas terbakar di kawasan Banding yang melibatkan pelajar Kolej Matrikulasi Kedah yang berasal dari Kelantan.

“Berdasarkan laporan yang diterima, seramai 44 pelajar di dalam bas sewa tersebut selamat dan mereka dibawa ke kawasan Rehat dan Rawat Perah.

“Saya telah mengarahkan agar Bahagian Matrikulasi serta Kolej Matrikulasi Kedah mengambil tindakan segera bagi membantu pelajar yang terlibat,” katanya menerusi Facebook, malam tadi.

Advertisements

Ujar Radzi lagi, bas sewa gantian telahpun membawa pelajar-pelajar terlibat pulang ke KMK.

“Sama-sama kita doakan perjalanan mereka dipermudahkan dan sampai ke destinasi dengan selamat,” katanya.

Semalam media melaporkan bas berkenaan terbakar ekoran percikan api yang terhasil daripada tayar bas yang meletup sewaktu dalam perjalanan.

Tindakan pantas pemandu berusia 38 tahun dan penumpang keluar segera daripada kenderaan menyelamatkan mereka terperangkap dalam kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Mohd. Azizan Aziz berkata, maklumat berkaitan insiden itu diterima pada 2.05 petang dengan sepasukan lapan anggota dihantar ke lokasi kejadian.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan