31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

470 pelatih PDRM jalani ujian tahap bacaan al-Quran, solat

Projek perintis ini bagi melahirkan para pegawai dan anggota polis yang berintegriti, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 470 pelatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) beragama Islam mengikuti ujian penguasaan bacaan al-Quran dan solat di bawah Prapenilaian Modul Integriti (Pendidikan Islam).

Program tersebut merupakan projek perintis bagi melahirkan para pegawai dan anggota polis yang berintegriti, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

PDRM dalam hantaran dalam media sosialnya berkata, program berkenaan telah dilaksanakan melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

“Ia merupakan usaha murni pucuk pimpinan PDRM bagi melahirkan lebih ramai lagi pegawai dan anggota polis yang berintegriti, berakhlak mulia serta terus bersemangat memikul tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan,” kongsinya dalam Facebook, malam tadi.

Sementara itu, Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) dalam satu hantaran media sosial berkata, ujian saringan itu diadakan bagi mengenal pasti tahap bacaan al-Quran para pelatih sama ada di peringkat mahir, sederhana atau lemah.

Salah seorang pelatih PDRM menjalani ujian penguasaan al-Quran dan solat.

“Program berkenaan juga mengenalpasti tahap penguasaan solat para pelatih samada baik atau lemah serta mengklasifikasikan para pelatih mengikut tahap penguasaan al-Quran dan solat untuk pelatih konstabel.

Advertisements

“Penilai yang terlibat di dalam ujian saringan ini terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam BAKA Bukit Aman, BAKA IPD Wangsa Maju, BAKA Pulapol KL dan Imam Masjid Bukit Aman,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pelatih yang berada di peringkat lemah dan sederhana akan mengikuti kelas al-Quran dan bimbingan solat yang akan dikendalikan oleh pegawai agama, BAKA yang bertugas di Pulapol KL.

“Mudah-mudahan dengan usaha ini warga PDRM mampu membaca al-Quran, solat dan berpengetahuan ilmu agama Islam dengan baik dan menjadi warga PDRM yang berintegriti, berakhlak mulia serta terus bersemangat memikul tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Satu usaha murni daripada pucuk pimpinan PDRM,” katanya.

Sementara itu, perkongsian berkenaan mendapat respon positif dalam kalangan warganet yang rata-ratanya menzahirkan program berkenaan mampu meningkatkan lagi kecemerlangan warga PDRM.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan