24.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Tiga lelaki ditahan, kes bunuh remaja perempuan Orang Asli

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan tiga lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang remaja perempuan Orang Asli yang ditemukan mati dengan kesan berdarah di tangan dan kepala dalam semak di lereng bukit berhampiran jalan masuk ke rumahnya di Bukit Ibam, semalam.

Menurut, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, ketiga-tiga suspek yang merupakan Orang Asli ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 320 Kanun Keseksaan.

“Ketiga-tiga suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Rompin pada Selasa untuk mendapatkan perintah tahanan reman,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu, beliau menjelaskan mayat mangsa berusia 14 tahun itu ditemui kira-kira jam 2.45 petang oleh salah seorang ahli keluarga dalam keadaan berdarah di tangan dan kepala disyaki dibunuh.

Tambah Mohd Azahari, kehilangan mangsa yang sudah tidak bersekolah itu dilaporkan bapanya di Balai Polis Bukit Ibam selepas remaja itu tidak pulang ke rumah pada malam kejadian.

Baca juga:   Polis siasat ahli kelab kereta letak kenderaan di lorong kecemasan

“Susulan penemuan mayat mangsa, polis klasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,”katanya.

Sehubungan dengan itu, Mohd Azahari meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis di talian 09-4145999 atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Abdul Khaliq Mustopa di talian 019- 9999769. – Edisi 9

Baca juga:   Slot janji temu lebih banyak daripada vaksin?

Wartawan

Terkini

Sikap tak endah urus harta si mati membimbangkan

SIKAP tidak mengendahkan pengurusan harta pusaka si mati, menyebabkan banyak harta pusaka yang tidak dituntut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan