26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Sambutan Kemerdekaan: 18 jalan ditutup di Kuala Lumpur

Bagaimanapun, tiada penutupan jalan dibuat pada 30 Ogos ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 18 penutupan jalan akan dilakukan sekitar pusat ibu kota bagi memberi laluan perarakan sempena perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 di Dataran Merdeka, bermula Jumaat ini hingga 31 Ogos kelak.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, dua jalan ditutup itu adalah Jalan Sultan Hishammuddin menuju ke Dataran Merdeka dan Jalan Raja (Dataran Merdeka) di sini, bagi acara raptai Jumaat ini.

Menurutnya, pada 27 Ogos ini pula, sebanyak tujuh jalan ditutup membabitkan Jalan Raja; Jalan Travers; Jalan Damansara; Jalan Damansara (arah ke Bangsar); Bulatan Hishammuddin; Jalan Kinabalu (arah Selayang) dan Jalan Kinabalu (arah Cheras) di sini. Ia bagi memberi laluan kepada rantai penuh.

“Bagaimanapun, tiada penutupan jalan dibuat pada 30 Ogos ini,” katanya.

Azmi berkata, sebanyak 18 jalan ditutup pada 31 Ogos ini membabitkan Jalan Travers; Jalan Damansara; Jalan Damansara (arah ke Bangsar); Bulatan Hishammuddin; Jalan Kinabalu (arah Selayang); Jalan Kinabalu (arah Cheras); Jalan Kinabalu (Bulatan Dato Onn); Jalan Kuching dan Bulatan Dato Onn (dari Jalan Parlimen).

Selain itu menurutnya, penutupan membabitkan Bulatan Dato Onn (dari Jalan Sultan Salahuddin Bank Negara); Jalan Tun H S Lee; Jalan Hang Lekiu; Jalan Hang Kasturi; Jalan Tuanku Abdul Rahman; Jalan Raja Laut; Jalan Munshi Abdullah; Jalan Dang Wangi dan Jalan Bunus 6 di sini.

Advertisements

“Semua warga kota yang mahu menyaksikan perbarisan kemerdekaan kali ini digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan bagi memudahkan perjalanan seawal mungkin bagi mengelak kesesakan.

“Bagi yang mahu membawa kenderaan sendiri, tempat letak kenderaan adalah terhad. Kenderaan persendirian boleh diletakkan di sekitar Masjid India (parkir awam di sekitar Jalan Munshi Abdullah) parkir awam berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, sekitar Jalan Sultan Salahudddin dan parkir awam di hadapan Bukit Aman,” katanya.

Menurutnya, pemandu kenderaan e-hailing pula dinasihati menurunkan penumpang di sekitar Masjid India dan Jalan Parlimen.

“Pastikan kenderaan anda tidak diparkir di kawasan larangan dan kawasan yang mengganggu lalu lintas serta patuhi arahan petugas polis trafik yang bertugas di lokasi.

“Jika ada sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur di talian 03-20719999 atau melayari Facebook JSPT Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklumat berkaitan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan