29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Teka-teki mesyuarat tergempar UMNO dari pagi, malam temui PM

Perjumpaan tersebut membahaskan pandangan dan pendapat tentang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang mungkin akan diadakan dalam waktu terdekat, masa tidak diberitahu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ENTAH apa isi kandungannya, namun, pertemuan segera dan mustahak antara Ketua-ketua UMNO bahagian yang berlangsung sejak pukul 11 pagi tadi menimbulkan banyak teka-teki.

Walaupun Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan sementara pertemuan berkenaan bagi menyambung perbicaraannya di mahkamah pada jam 2.30 petang, pertemuan itu terus berlangsung sehingga lewat petang tadi.

Terbaharu kenderaan membawa beberapa pemimpin UMNO dilihat memasuki perkarangan Kompleks Seri Perdana di Putrajaya, sejak pukul 6 petang tadi.

Sumber mengesahkan hasrat pemimpin UMNO berkenaan adalah bagi bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, malam ini.

Sumber dalaman UMNO menyatakan, pertemuan itu dibuat selepas Perdana Menteri yang juga Ketua UMNO Bera tidak menghadiri pertemuan tergempar ketua bahagian bersama pemimpin parti di ibu pejabat UMNO, hari ini.

Kira-kira pukul 11.15 malam tadi, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, membuat jemputan pertemuan segera dan diletakkan sebagai mustahak itu.

“Pertemuan segera dan mustahak. Yang Berbahagia Datuk Presiden dan Timbalan Presiden UMNO meminta agar Ketua-ketua UMNO Bahagian hadir ke satu pertemuan khas berhubung satu perkara yang sangat penting demi masa depan parti yang mesti disegerakan seperti ketetapan berikut.

“Tarikh: Isnin 22/8/22. Masa 11 pagi. Tempat Tingkat 39 Menara Dato Onn PWTC KL. Atas kehadiran dan keprihatinan semua, terlebih dahulu dirakamkan ucapan terima kasih,” katanya.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, pihaknya dikejutkan dengan panggilan malam tadi menuntut semua ketua-ketua UMNO satu Malaysia untuk hadir ke WTC bagi satu pertemuan khas kira-kira jam 11 pagi tadi.

“Perjumpaan tersebut membahaskan pandangan dan pendapat tentang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang mungkin akan diadakan dalam waktu terdekat, masa tidak diberitahu.

Tujuan dipanggil menurutnya, adalah untuk melihat kesiapsiagaan jentera pilihanraya di tiap-tiap bahagian dan 158 orang hadir berdiolaog dan menyampaikan hasrat ke pucuk pimpinan supaya jelas keperluan

Ujar Jamal lagi, tidak ada sebarang desakan bubar parlimen dan tiada perbincangan tentang Datuk Seri Najib Tun Razak

“Keputusan majoriti sebulat suara dari Ketua-ketua UMNO Bahagian 1 Malaysia yang hadir mahukan pilihanraya dilakukan dengan kadar yang paling segera

“Mesyuarat tergempar tersebut sengaja diadakan sebagai ‘suspen’ untuk menunjukkan betapa bersedia dan seriusnya Ketua-ketua Bahagian

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan