26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Muat naik video TikTok aksi menunggang melulu, lelaki direman

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PADAH memuat naik video di aplikasi TikTok selain video menunggang motosikal secara melulu dan mencabar polis, seorang lelaki direman tiga hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, hasil daripada beberapa video yang diperoleh menerusi akaun TikTok ‘nish V1 buruk’, suspek berusia 20 tahun telah ditahan di Sikamat.

“Khamis, pada jam lebih kurang 5.30 petang, polis mengesan satu rakaman video tular berdurasi 15 saat di TikTok yang memaparkan beberapa rakaman suntingan video antaranya yang menunjukkan beberapa buah motosikal yang ditunggang secara bersaing sesama sendiri dan secara melulu.

“Hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pada 17 Julai lalu jam lebih kurang 2 pagi di Kilometer 38 sehingga Kilometer 43 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) menuju arah Selatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, rakaman video berkenaan memaparkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 134 berwarna biru dan hitam tanpa nombor pendaftaran yang ditunggang suspek.

Beliau berkata, semakan lanjut ke atas beberapa suntingan video lain milik suspek di aplikasi TikTok turut memaparkan satu video yang merakamkan kata-kata suspek seperti mencabar polis kerana berjaya melepaskan diri dari ditahan ketika satu serbuan Op Samseng jalanan.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan bersaing di lokasi terlibat dan mengaku menyunting dan memuat naik video berunsur mencabar polis di akaun TikTok miliknya sendiri.

“Saringan awal air kencing juga telah dijalankan ke atas suspek dan ia adalah negatif,” katanya.-Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan