30.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 10, 2023

MCMC beri peringatan waspada SMS penipuan guna ‘GOV’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai diminta berwaspada dan tidak terpedaya jika menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ID penghantar ‘GOV’ menggunakan nama organisasi MySejahtera yang memaklumkan pengguna bahawa bantuan khas kewangan telah dikreditkan ke akaun Touch ‘n Go (TNG) eWallet mereka.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, terdapat penyalahgunaan ID penghantar ‘GOV’ apabila pihak tidak bertanggungjawab telah memanipulasikan ID penghantar tersebut untuk tujuan penipuan.

“Peringatan ini dikeluarkan sejajar dengan penafian oleh pihak MySejahtera berkenaan pesanan SMS palsu berkaitan pemberian bantuan kewangan kepada orang ramai,” kata MCMC dalam kenyataan hari ini.

Untuk makluman, hebahan SMS melalui ID penghantar ‘GOV’ dikhususkan bagi membuat pesanan khidmat awam (PKA) berkenaan inisiatif oleh kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat.

MCMC berkata, tindakan sekatan telah diambil ke atas akses pautan palsu tersebut.

“Individu yang didapati menyebarkan maklumat palsu boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” katanya.-Edisi 9

Terkini

354 graduan pertama YEG Academy, berjaya menamatkan pengajian

SERAMAI 354 graduan sulung berjaya menamatkan pengajian menerusi Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) di bawah Your Education Guidance (YEG)...

Lagi Artikel Berkaitan