31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Lebih banyak guru secara ‘one-off’ ditempatkan tahun hadapan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan meningkatkan pengambilan guru secara ‘one-off’ atau sekali pengambilan untuk penempatan tahun depan melalui kaedah Kluster Mata Pelajaran (KMP) yang telah diperkenalkan.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata, pihaknya menganggarkan jumlah pengambilan tersebut melebihi 4,000 siswazah yang biasanya diambil sepanjang tahun mengikut amalan biasa kementerian.

“Sebelum COVID-19, biasanya dalam tempoh setahun antara 4,000 hingga 5,000 siswazah diambil mengisi kekosongan.

“Apabila diperkenalkan sistem kluster, ia memberi kita (KPM) peluang untuk meningkatkan pengambilan.

“Jadi sekarang kita sedang berusaha menambah jumlah siswazah berbanding jumlah biasa dengan ia sedang diikhtiarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP),” katanya kepada pemberita selepas program wacana bersama komuniti Orang Asli hari ini.

Dilapor, sejak KMP diperkenalkan, seramai 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara ‘one-off’ telah dilantik dalam pengambilan khas bagi mengisi kekosongan guru di sekolah KPM di bawah bidang kuasa SPP.

Radzi berkata, antara masalah dikesan pihaknya berkaitan pengambilan guru ialah isu tunggakan dan tidak sepadan kelulusan yang dilihat telah berjaya diatasi sejak KMP diwujudkan.

“Tunggakan (pengambilan) sudah bertahun-tahun kerana isu dikatakan pada waktu itu adalah kekurangan bekalan guru manakala tidak sepadan pula diatasi dengan siswazah yang memiliki bidang pengkhususan utama tertentu boleh memohon untuk mengisi kekosongan mata pelajaran lain yang dikategorikan dalam kluster yang sama.

“Jadi melalui pendekatan ini kita akan dapat jumlah pengambilan yang lebih besar sebab itu kita dapat selesaikan dengan lebih tinggi peratusan pengambilan dan jumlah pengambilan itu sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Radzi berkata, setakat ini terdapat 69 aduan berkaitan buli diterima sejak portal Aduan Buli dilancarkan Khamis lepas dan kesemua aduan itu sedang diteliti sebelum diambil tindakan.

“Menerusi portal ini, kita ada tiga platform untuk membuat aduan iaitu menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) kita terima sebanyak 28 aduan, dua diterima menerusi e-mel, 17 melalui panggilan telefon manakala 22 melalui aplikasi WhatsApp.

“Apa yang paling penting, sistem pelaporan ini kerahsiaan maklumat itu kita pegang, kita tidak mahu maklumat sulit ini terkeluar (bocor), nanti anak-anak pula diberikan tekanan.

“Oleh sebab itu, jika kita lihat kita mula mendapat aduan-aduan, ada aduan yang telah kita ambil tindakan dan aduan yang masih dalam siasatan,” katanya. – BERNAMA

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan