25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

KPM komited tarik minat pelajar dalam mata pelajaran STEM

Aktiviti PdP berkaitan STEM khususnya dalam amali Sains adalah lebih mudah difahami dan menyeronokkan apabila dilaksanakan di luar bilik darjah.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa komited untuk memastikan murid mempunyai minat dalam mata pelajaran bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, dalam hal ini, KPM memberi tumpuan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam dan di luar bilik darjah.

“Pada masa yang sama, penerapan elemen Sekolahku SEJAHTERA seperti eksplorasi dan artikulasi menjadi fokus untuk menyediakan peluang kepada murid mencipta idea baharu dan meningkatkan kemahiran dalam bidang STEM.

“Aktiviti PdP berkaitan bidang STEM dioptimumkan melalui pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan inkuiri dalam konteks dunia sebenar.

“Aktiviti tersebut diberi penekanan dalam Projek Bimbingan Eksekutif STEM (STEMEC) bagi menghasilkan pembelajaran bermakna.

“Bahan sokongan bagi pelaksanaan aktiviti di bawah Projek STEMEC turut disediakan dalam bentuk modul e-pembelajaran iaitu Modul Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) STEM Bersepadu yang mengandungi video, bahan bacaan, garis panduan dan contoh aktiviti.

“Aktiviti PdP berkaitan STEM khususnya dalam amali Sains adalah lebih mudah difahami dan menyeronokkan apabila dilaksanakan di luar bilik darjah.

“Oleh yang demikian, KPM berusaha untuk memastikan makmal sains di setiap sekolah adalah lengkap dan selesa bagi tujuan tersebut,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan lisan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dalam sidang Dewan Negara di Parlimen hari ini.

Radzi berkata, pada masa ini, sebanyak 1,216 buah makmal sains telah siap diubah suai dan naik taraf.

Katanya, KPM turut berusaha untuk meningkatkan kompetensi dan kebolehan guru dalam pendekatan PdP menerusi program pembangunan profesionalisme guru.

“Antara program pembangunan profesionalisme guru yang dilaksanakan termasuklah Pendidikan Sains, Matematik dan Sains Komputer Berasaskan Inkuiri serta Projek STEMEC.

“Di samping itu, KPM juga menjalinkan kerjasama dengan agensi, kerajaan lain, seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), institusi pendidikan tinggi serta sektor swasta bagi memastikan pendidikan dalam mata pelajaran bidang STEM menarik dan menepati keperluan semasa,” katanya.

Ujarnya lagi, KPM akan memastikan mata pelajaran bidang STEM menjadi
lsubjek pilihan setiap murid di semua peringkat sekolah. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan