25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Budak 5 tahun maut jatuh dari tingkat 9 Flat Sri Sabah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas terjatuh dari tingkat sembilan Flat Sri Sabah, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian daripada orang awam pada jam 11.54 pagi.

Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu terjatuh dari balkoni dapur rumahnya sekitar 9.30 pagi.

“Ketika kejadian, ibu dan adiknya berada di rumah, namun ibunya tidak menyedari mangsa berada di dapur.

“Mangsa dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zam Halim berkata, kes sedang disiasat lanjut mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya mengawasi anak-anak dengan baik supaya tidak berlaku perkara tidak diingini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta melaporkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 013-2165 881,” katanya. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan