30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Jamal Yunos lepas, bebas pertuduhan kenyataan jelik

Pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Jamal, 52, di akhir kes pendakwaan itu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KETUA UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen Ampang, hari ini atas dua pertuduhan memuat naik video kenyataan jelik dalam laman Facebooknya (FB) dua tahun lalu.

Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Jamal, 52, di akhir kes pendakwaan itu.

“Pihak pembelaan telah berjaya membuktikan terdapat keraguan dalam kes pendakwaan, oleh itu tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada dua pertuduhan tersebut,” kata hakim itu.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Aiza Ali Raman manakala Jamal diwakili peguam Mohd. Hafizuddin Khan Norkhan.

Sepanjang perbicaraan yang bermula pada Mei  2021 seramai tiga saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Advertisements

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua Jamal didakwa secara sedar memuat naik dua video kenyataan-kenyataan jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain yang kemudian dilihat pada 20 Ogos 2020 pukul 12 tengahari di Taman Dagang Avenue di sini.

Kesalahan itu dilakukan melalui perkhidmatan apilikasi Facebook menggunakan Profil Datuk Sri Jamal Yunos di pautan www. facebook.com/watch/live masing-masing pukul 10 pagi dan 3 petang pada 19 Ogos 2020.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, Jamal didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (akta 588) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 233(3) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu ialah denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan