34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Dakwaan PM ditekan usaha pecah-belahkan parti – Mahdzir

'Tak ada, itu semua bohong, kasihanlah dekat Perdana Menteri, itu semua ada orang buatlah.'

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DAKWAAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditekan dalam Mesyuarat Biro Politik UMNO pada Rabu lalu adalah cubaan untuk memecahbelahkan kepimpinan parti.

Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ada pihak luar sengaja mengambil kesempatan menggunakan perkembangan terbaharu dalam parti itu untuk meraih kelebihan politik dengan mensasarkan Ismail Sabri.

“Tak ada, itu semua bohong, kasihanlah dekat Perdana Menteri, itu semua ada orang buatlah. Media sosial ini masalahnya. 

“Dia macam ini, ada orang ambil kesempatan pasal apa berlaku ini untuk pecah-belahkan orang, semua tahu Ismail Sabri, Naib Presiden parti UMNO, dia jadi Perdana Menteri, Zahid jadi Presiden,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kuala Lumpur hari ini.

Mahdzir diminta mengulas dakwaan beberapa portal berita kononnya Perdana Menteri diberikan kata dua supaya mengadakan pilihan raya umum (PRU) secepat mungkin atau dipecat daripada parti.

Beliau turut menafikan kata dua yang diberikan kepada Ismail Sabri jika tidak memenuhi tuntutan yang dikemukakan pada mesyuarat itu.

Advertisements

“Dua benda berlainan di tengah-tengah itu untuk pecahkan. Siapa nak pecah-belahkan ini… orang itu nak pergi ke pilihan raya juga.

“Mereka akan gembira dan merasa berjaya melakukan perkara itu untuk mewujudkan sengketa dan perpecahan antara Zahid dan Ismail Sabri, itu agenda mereka dan itu yang mereka mahukan sebenarnya,” katanya.

Ditanya mengenai agenda pertemuan pada sesi taklimat khas Presiden UMNO esok, Mahdzir berkata, ia bagi mengukuhkan parti.

“Ia lebih kepada atas nama untuk mengukuhkan parti,” katanya.

UMNO dijadual mengadakan sesi Taklimat Khas Presiden bersama semua pimpinan parti itu termasuk Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian, petang esok.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan