25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Azalina tegaskan masih penasihat undang-undang PM

Semalam, tular di media sosial mendakwa bekas Ketua Puteri UMNO itu meletak jawatan penasihat khas kepada Perdana Menteri.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa beliau masih berkhidmat sebagai Penasihat Undang-undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kenyataan yang dibuat menerusi akaun media sosial Facebook beliau itu sekali gus menafikan beberapa laporan yang menyatakan beliau menyerahkan surat peletakan jawatan.

“Saya ingin mengesahkan bahawa setakat 31 Ogos 2022, saya masih berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia,” kongsinya sambil menitipkan ucapan Selamat Hari Merdeka ke-65.

Semalam, tular di media sosial mendakwa bekas Ketua Puteri UMNO itu meletak jawatan penasihat khas kepada Perdana Menteri.

Azalina dilantik ke jawatan itu pada 2 Oktober 2021, selepas meletak jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 23 Ogos sebelum itu.

Azalina ketika menyampaikan ucapannya dalam Taklimat Presiden UMNO minggu lalu menyentuh beberapa isu mengenai kuasa yang ada pada Perdana Menteri terhadap pelantikan Peguam Negara namun mengundang kritikan pelbagai pihak.

Pada taklimat berkenaan, Ketua UMNO Bahagian Pengerang itu menyampaikan ucapan penuh bersemangat berkaitan pelantikan AG dengan antara petikan mencetuskan kontroversi adalah ‘takkan nak tukar AG pun tak boleh’.

Ismail Sabri bagaimanapun tidak hadir dalam taklimat tersebut dan menyifatkan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dihadirinya berjalan dalam keadaan mesra dan harmoni.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan