26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

Shah Firdaus dijangkiti Covid-19 ketika sertai ACC di India

Persiapan menghadapi Sukan Komanwel Birmingham 2022 terjejas dan sekarang masih dalam proses pemulihan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PELUMBA berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengakui persiapannya ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 pada 28 Julai hingga 8 Ogos depan terjejas selepas disahkan dijangkiti COVID-19 bulan lalu.

Shah Firdaus mengakui dia dijangkiti wabak tersebut ketika menyertai Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di New Delhi bulan lalu hingga memaksanya untuk tidak menyertai acara pecut.

“Ketika ini saya dalam proses pemulihan kerana ketika ACC, saya disahkan positif COVID-19. Saya mula sedar kerana tidak sedap badan selepas menaiki podium dalam acara keirin.

“Selepas disahkan positif, saya membuat keputusan tidak meneruskan acara pecut kerana ketika itu keadaan badan saya benar-benar tidak sihat dan suhu juga cecah 39 darjah celcius.

“Ini kali pertama saya dijangkiti COVID-19 dan benar-benar mengganggu perjalanan latihan saya. Seminggu saya berhenti menjalani latihan kerana terkesan dengan COVID-19 ini,” katanya lapor Kosmo!

Baca juga:   Ismail Sabri tak penat ke jadi jurucakap MKN? - Najib

Shah Firdaus menjelaskan, dia akan menjalani latihan semula, namun secara perlahan-lahan kerana keadaannya masih belum pulih sepenuhnya.

“Secara keseluruhan saya positif tetapi ketika ini saya masih batuk dan selsema, tetapi saya yakin masih ada masa untuk jalani latihan semula sebelum ke Sukan Komanwel nanti,” katanya.

Skuad berbasikal menghantar enam pelumba terbaik ke Sukan Komanwel dan mereka yang tersenarai ialah Muhammad Fadhil Mohd. Zonis, Muhammad Ridwan Sahrom, Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri, Anis Amira Rosidi dan Nurul Aliana Syafika.

Baca juga:   Padah hisap rokok, vape, shisha di premis makanan dapat notis

Terkini

Pensyarah UiTM buat gangguan seksual ditamatkan perkhidmatan

SEORANG pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap bekas penuntutnya sebelum ini telah ditamatkan perkhidmatannya...

Lagi Artikel Berkaitan