34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Polis tumpaskan sindiket dadah bernilai RM8.07 juta

11 individu turut ditahan dalam lima serbuan yang dilakukan di sekitar Lembah Klang pada 8 Julai lalu.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah bernilai RM8.07 juta selepas menahan 11 individu menerusi lima serbuan di sekitar Lembah Klang pada 8 Julai lalu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, serbuan itu dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Selangor dan Kuala Lumpur.

“Hasil serbuan polis berjaya menahan 11 ahli sindiket berusia lingkungan 22 hingga 38 tahun yang dipercayai terlibat dengan aktiviti pemprosesan dan pengedaran dadah.

“Polis turut merampas 141.4 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah termasuk ketamin (106.3kg), pil eramin 5 (18.6kg) dan pil ekstasi seberat 16.5kg,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Noorsiah berkata, sindiket yang mula aktif sejak Februari lalu itu menjadikan premis kediaman sebagai tempat memproses dan stor simpanan dadah sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan di sekitar Lembah Klang.

“Hasil semakan turut mendapati dua suspek mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah.

“Kesemua suspek ditahan direman selama tujuh hari bermula 9 Julai bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan