Wednesday, July 22, 2026

MySejahtera kini dilengkapi ciri baharu, lebih menyeluruh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

APLIKASI MySejahtera kini berwajah baru dengan pertambahan ciri-ciri baharu maklumat kesihatan yang lebih menyeluruh.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu hantaran di laman Twitter, hari ini.

Menurut Khairy, ciri baharu itu dilengkapi dengan lebih menyeluruh bagi membolehkan pengguna memantau maklumat kesihatan diri sendiri serta tanggungan mereka.

“MySejahtera kini berwajah baharu dengan ciri-ciri baharu yang dapat membantu kita pantau dan lihat maklumat kesihatan kita.

“Rekod saringan kesihatan dan rekod imunisasi anak juga boleh dilihat di MySejahtera.

“Kemas kini aplikasi anda mulai hari ini untuk mendapatkan ciri-ciri baharu ini,” jelasnya.-Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan