30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

METMalaysia nafi maklumat tular ribut bertembung

Sistem berkenaan akan menyebabkan tiupan angin yang kencang dan lembapan bertumpu di sekitar kawasan berkenaan dan tidak akan memberi kesan kepada negara Malaysia.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menafikan penularan maklumat mengenai kejadian dua ribut bertembung di tengah menerusi pelbagai platform media sosial hari ini.

Dalam satu kenyataan jabatan itu berkata, sistem tekanan rendah yang terbentuk di pantai timur India dijangka bergerak perlahan ke barat memasuki daratan India.

Menurutnya, sistem berkenaan akan menyebabkan tiupan angin yang kencang dan lembapan bertumpu di sekitar kawasan berkenaan dan tidak akan memberi kesan kepada negara Malaysia.

“METMalaysia ingin menegaskan bahawa penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi METMalaysia serta Hotline di talian 1-300-22-1638,” katanya.

FOTO: Media Sosial

Dalam hantaran berlainan, MET Malaysia berkata, berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), angin kencang baratan boleh menghasilkan garis badai yang membawa bersama hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di negeri-negeri utara Semenanjung dijangka sehingga 14 Julai (esok).

Menurut hantaran berkenaan lagi, amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora (Kategori Kedua dan Ketiga) juga telah dikeluarkan di Laut China Selatan, Phuket dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa sehingga 15 Julai ini.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Jarak bukan penghambat kemesraan menyambut Aidilfitri

Oleh DR AZMAWATY MOHAMAD NOR HARI Raya Aidilfitri merupakan peristiwa yang menggembirakan di mana ia adalah masa untuk keluarga dan...

Lagi Artikel Berkaitan