24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Golongan biadap terhadap Islam tidak boleh dibiar membiak

Majoriti umat Islam di negara ini begitu sensitif soal akidah.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menyatakan golongan yang biadap terhadap agama Islam tidak boleh dibiarkan membiak subur.

Ujar Idris lagi, mana-mana individu yang mempermainkan, menghina ajaran Islam dan menghina Nabi juga wajid diambil tindakan mengikut udang-undang sedia ada.

“Insya-Allah mereka yang biadab dengan Islam, kita tidak boleh biarkan kumpulan ini membiak subur. Alhamdulillah majoriti umat Islam di negara ini begitu sensitif soal akidah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Baru-baru ini tular tindakan biadap seorang wanita tular sebuah video memaparkan tindakan seorang pelawak wanita yang menanggal tudung dan membuka pakaiannya di hadapan ramai ketika mengadakan persembahan komedi solo di sebuah kelab di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Dalam video berdurasi 53 saat berkenaan, Amy mengaku berketurunan Melayu, beragama Islam dan menghafal 15 juzuk al-Quran.

Video tersebut mengundang kecaman sehingga mendapat perhatian banyak pihak termasuklah golongan pendakwah, selebriti dan pelawak yang menyifatkan perbuatannya sangat memalukan dan menghina Islam.

Bagaimanapun, tertuduh Siti Nuramira Abdullah, 26, membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Advertisements

Dalam pada itu, hantaran Idris Ahmad itu mendapat reaksi senada oleh pengguna Facebook dan berharap agar tindakan tegas dapat diambil oleh jabatan berkaitan ke atas individu yang secara terang-terangan menghina agama di media sosial.

Malah, beberapa nama individu juga dipetik dalam komen netizen dan berharap agar tindakan serupa turut dapat dikenakan kepada individu tersebut.

Menurut pemilik akaun dengan nama Andria Geni Adnani, dia menyatakan agama islam merupakan agama rasmi negara.

“Wajar hukuman undang-undang diambil ke atas mereka yang melampaui batas, tidak Islam atau bukan Islam,” kongsi Andria Geni Adnani.

Manakala, bagi Aasri Pakleh pula, dia menyarankan agar Kerajaan mennutup terus tempat yang menjadi ‘stage’ (pentas) untuk menghina Islam dan bangsa Melayu.

“Cukup-cukuplah di TV (televisyen) ada berbagai saluran lawak, dan sekiranya tidak ditutup tempat ini, percayalah satu hari nanti akan bertambah ramai dan berani menggunakan stage ini untuk menghina Islam dan bangsa Melayu,” kongsi Aasri Pakleh.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan