25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Logo Hari Kebangsaan ke simbol baharu wifi ni?

Mesti Baca

ITULAH pertanyaan dilontarkan oleh warganet apabila logo Hari Kebangsaan 2022 dengan tema #KeluargaMalaysia Teguh Bersama yang diperkenalkan kepada umum hari ini.

Rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan reka bentuk logo tersebut yang hanya mengubah suai simbol jaringan internet atau Wifi yang sudah digunakan selama ini di seluruh dunia.

Seorang pereka grafik profesional yang enggan namanya disiarkan berkata, logo Hari Kebangsaan semakin teruk rekaannya dan perkara ini telah berlaku beberapa kali sebelum ini.

“Dah tak ada pereka sebenar ke sekarang? Kalau betul ini logo Hari Kebangsaan… Adeh! (sedih)” katanya yang juga pemilik syarikat rekaan grafik di ibu negara.

Untuk rekod logo Hari Kebangsaan 2022 #KeluargMalaysia Teguh Bersama mempunyai makna seperti berikut:

‘Keluarga Malaysia’ merujuk kepada masyarakat hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

‘Teguh Bersama’ pula merupakan kekuatan dan kesepaduan dicapai secara kolektif serta mampan.

Logo Hari Kebangsaan 2022 berkonsepkan jaluran liputan internet yang melambangkan pembangunan infrastuktur, sistem komunikasi dan pendigital yang semakin maju serta berkembang untuk rakyat.

Maksud di sebalik jalur biru, merah dan kuning mencerminkan Keluarga Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni.

Advertisements

Titik merah melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan.

Kedudukan berselang-seli melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.

Seorang lagi warganet bertanya apakah kerajaan langsung tidak mempunyai peruntukan sehingga logo terpaksa direka sendiri oleh staf kementerian?

“Sekarang memang dah tak ada pertandingan mencipta logo Hari Kebangsaan ke?” katanya.

Sementara itu, seorang lagi warganet berkata, sebelum ini ramai pereka yang mencipta logo sebab semangat kenegaraan yang tinggi.

“Sekarang kalau hadiah cipta logo setakat RM3,000 tak ada yang mahu dah. Semangat jati diri semakin ke laut dalam,” katanya.

Apapun pandangan orang ramai, pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia di bawah Tan Sri Annuar Musa selaku jawatankuasa penganjur mempunyai alasan tersendiri mengapa logo ini dipilih.

Kita tunggu maklum balas beliau berhubung logo ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan