24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Lapan deretan kedai musnah terbakar malam raya

Semua premis itu mengalami kerosakan antara 30 hingga 100 peratus.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LAPAN deretan kedai di Jalan Hiliran Kuala Terengganu, Terengganu musnah dalam kebakaran malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu membabitkan kedai menjual pakaian dan basikal.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Md Hilman Abd Rashid, empat jentera bersama sepasukan 30 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat mengenai kejadian itu.

“Sebaik tiba di lokasi api sedang marak membakar deretan kedai terbabit sebelum usaha mengawal kebakaran segera dijalankan.

“Anggota bomba mengambil tempoh kira-kira 30 minit bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak sebelum api berjaya dipadam sepenuhnya tidak lama kemudian,” katanya.

Advertisements

Ujar Md Hilman lagi, kebakaran membabitkan kedai aksesori, kedai basikal, pakaian dan mainan kanak-kanak.

“Terdapat lapan pintu di sini, tetapi ia mempunyai banyak lot membabitkan lapan pemilik dan kita sedang mengumpul maklumat.

Menurutnya, semua premis itu mengalami kerosakan antara 30 hingga 100 peratus.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa akibat kebakaran ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan jumlah kerugian,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan