24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kuala Lumpur catat kes harian 1,840, tertinggi semalam

Semalam sahaja sebanyak 4,749 kes Covid-19 dilaporkan di seluruh negara.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA Lumpur mencatatkan jumlah kes harian Covid-19 tertinggi semalam iaitu sebanyak 1,840 kes yang dilaporkan.

Berdasarkan data laman web CovidNow, Selangor pula merekodkan 1,447 diikuti Perak (223), Pulau Pinang (211), Sabah (209), Negeri Sembilan (170), Kedah (130) dan Melaka (103).

Turut menyumbang kepada jumlah kes harian ialah Sarawak (95), Johor (74), Kelantan (73), Putrajaya (59), Pahang (47), Terengganu (37), Labuan (27) dan Perlis (14).

Semalam sahaja, negara merekodkan trend peningkatan jangkitan Covid-19 apabila sebanyak 4,749 kes.

Peningkatan itu termasuk tiga kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,621,835 kes setakat ini.

Advertisements

Sejumlah 4,806 kes sembuh turut direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 sebanyak 4,577,518.

Dalam pada itu, sebanyak 46,260 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan dengan kes negatif 56 kes.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 12 kematian dilaporkan dengan tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,932.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,631 setakat ini.

Sebanyak 44, 708 kes dikuarantin di rumah, 23 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,477 kes di hospital, 24 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 28 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan