25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kemasukan hospital pesakit COVID-19 meningkat 22 peratus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam seluruh negara bagi setiap 100,000 penduduk dilaporkan meningkat sebanyak 22 peratus ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, peratusan pesakit kategori 1 dan 2 juga dilaporkan meningkat sebanyak 31 peratus manakala kategori 3,4 serta 5 menaik sebanyak 13 peratus.

“Selain itu, secara keseluruhan jumlah kemasukan pesakit ke hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 10 peratus bagi minggu epidemiologi (ME) ke-26 berbanding ke-25.

“Peratusan pengisian katil fasiliti COVID-19 bagi ME ke-26 juga meningkat sebanyak empat peratus bagi katil bukan kritikal selain kenaikan dua peratus bagi katil di unit rawatan rapi (ICU),” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Advertisements

Dr. Noor Hisham berkata, peratusan pengisian katil di PKRC juga menunjukkan trend sama dengan peningkatan sebanyak satu peratus.

“Jumlah pesakit memerlukan alat bantuan meningkat sebanyak 0.2 peratus selain bilangan pesakit ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) turut menaik sebanyak 28.5 peratus.

“Selain itu, bilangan kes baharu COVID-19 yang menjalani pemantauan di rumah meningkat 22.9 peratus manakala jumlah kes dirujuk CAC ke hospital meningkat sebanyak 50 peratus,” jelasnya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan