24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Isteri dalam pantang, anak maut dikelar suami sendiri

Suspek melarikan dengan dengan menaiki sebuah motosikal dalam keadaan berbogel

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG bapa terkedu melihat anak perempuan dan cucunya berlumuran darah dan tidak bernyawa dipercayai dikelar di leher oleh menantunya sendiri di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, tengah hari ini.

Rosman Ahmad, 58, berkata dia menerima panggilan telefon daripada anak sulungnya yang memaklumkan terdapat masalah di rumah anak ketiganya, Hajar Nursyahirin, 26, sebelum dia bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila saya sampai, anak pertama dan kedua sudah ada di sini (rumah keluarga suspek), saya lihat anak perempuan saya terbaring depan pintu rumah dengan luka di leher macam dikelar.

“Cucu lelaki saya, juga terdapat luka di leher, ketika itu ada jururawat sedang mengendongnya. Tetapi, saya difahamkan cucu saya ditemui di sisi ibunya,” katanya lapor Metro Online.

Hajar Nursyahirin dan anak tunggalnya, Hans Mohd Thakif Amir berusia kira-kira dua bulan ditemukan sudah tidak bernyawa dipercayai dikelar suaminya, Amir Adam, 25.

Amir pula dilaporkan melarikan diri sejurus kejadian itu dengan menaiki motosikal dalam keadaan berbogel.

Beberapa video dan gambar memaparkan seorang lelaki dipercayai Amir iaitu suspek dalam kejadian kelar isteri dan anak itu kemudian tular di media sosial.

Menurut Rosman, anak dan menantunya itu dijadualkan bersanding 24 Julai ini memandangkan tidak dapat berbuat demikian selepas bernikah tahun lalu kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah, katanya, persiapan untuk majlis bersanding itu juga sudah siap dan hanya menunggu hari bahagia itu.

Advertisements

Ketika ditanya mengenai hubungan anak dan menantunya itu, Rosman berkata, sejak berkahwin, pasangan itu hidup bahagia.

“Anak saya dan menantu memang anak yang baik. Mereka tiada masalah. Saya tidak pernah dengar mereka bergaduh.

“Cuma akhir-akhir ini, saya tahu menantu saya tiada pekerjaan tetap selepas berhenti kerja beberapa bulan lalu. Mungkin dia ada masalah tempat kerja.

“Dulu dia ada buat kerja pembersihan di stadium, lepas itu dia berhenti kerja. Kemudian saya dapat tahu dia hanya kerja sambilan mencuci kapal di Pasir Gudang dan bantu kerja-kerja penyediaan makanan,” katanya yang memaklumkan menantunya bukan seorang yang panas baran.

Sementara, isteri Rosman, Norazlina Hamdan, 50, berkata, mereka sekeluarga reda dengan apa yang sudah berlaku kerana menganggap menantunya juga anak yang baik

“Anak saya kalau ada masalah banyak cerita dengan adik-beradik dia sahaja, tetapi tidak ada pula dia mengadu ada masalah kewangan.

“Jadi saya tidak sangka perkara ini boleh berlaku kerana sudah kenal menantu lama dan mereka baik,” katanya pasrah.

Jenazah kedua-dua mangsa kini berada di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, esok.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan