25.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

Inflasi Malaysia antara paling rendah di dunia, kata PM

Jika kerajaan tidak beri subsidi, mungkin inflasi akan menjurus kepada 10 hingga 11 peratus

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KADAR inflasi di negara ini iaitu sekitar 2 peratus masih dianggap antara yang paling rendah di dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, kadar itu jauh lebih rendah berbanding Amerika Syarikat yang mencatatkan kada 9 peratus, negara-negara Eropah antara 8 peratus hingga 9 peratus manakala United Kingdom sudah meningkat sehingga 12 peratus.

“Sebab apa inflasi kita rendah? Inflasi rendah adalah kerana kerajaan beri subsidi agar harga tidak naik.

“Jika kerajaan tidak beri subsidi, mungkin inflasi akan menjurus kepada 10 hingga 11 peratus,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menyatakan kerajaan sudah berbelanja kira-kira RM70 bilion untuk memberi subsidi makanan-makanan asas, termasuk minyak masak.

Baca juga:   Aku janji palsu: Zahid minta henti politik menipu, merapu

“Kita turut lancarkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi untuk menangani masalah inflasi ini,” katanya.

Rabu lalu, jemaah Menteri bersetuju menubuhkan pasukan khas itu bagi membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

Ismail Sabri berkata, pasukan khas itu berperanan mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi itu dianggotai Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Baca juga:   Jambatan baharu Kampung Setol di peringkat perolehan

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tiga maut dalam nahas kereta bertembung van

TIGA rakan yang bekerja sebagai tukang gunting rambut maut selepas Proton Wira dinaiki hilang kawalan lalu bertembung sebuah van...

Lagi Artikel Berkaitan