25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pemandu treler maut rempuh lori rosak

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki warga emas maut apabila treler yang dipandunya merempuh sebuah lori yang mengalami kerosakan di Kilometer 408 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) di Hulu Selangor, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arshad Kamaruddin berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi melibatkan dua buah kenderaan iaitu lori jenis Fuso dan treler jenis Nissan.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku semasa pemandu treler dalam perjalanan dari Pendang, Kedah menghala Kuantan, Pahang.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, treler berkenaan dipercayai merempuh bahagian belakang lori yang ketika itu mengalami kerosakan di lorong paling kiri lebuh raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Arshad lagi, kemalangan itu menyebabkan pemandu lori yang berusia 60 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler yang berusia 54 tahun pula mengalami kecederaan ringan.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat.

“Pemandu treler turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Advertisements

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, kejadian berlaku kira-kira 1.12 pagi apabila lori yang dinaiki seorang pemandu membawa empat pekerja warga Pakistan itu dipercayai melanggar belakang treler tersebut.

“Sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dengan dibantu BBP Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 1.45 pagi.

“Mangsa yang maut merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 60 tahun telah tersepit dibahagian tempat duduk pemandu manakala empat mangsa lagi parah tersepit di bahagian belakang lori yang membawa papan tanda arah itu,” katanya hari ini.

“Kesemua mangsa tersepit dikeluarkan dengan menggunakan alatan khas dan kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Bagaimanapun dua mangsa lagi iaitu pemandu serta penumpang treler yang dilanggar tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan