26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Catat penurunan kes harian, 3,926 kes Covid-19 semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes baharu Covid-19 semalam mencatatkan sedikit penurunan kepada 3,926 kes berbanding 4,503 kes kelmarin.

Dalam kes harian tersebut, sebanyak 23 kes import dilaporkan dan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus tersebut di Malaysia sebanyak 4,630,235 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, terdapat pertambahan sebanyak 380 kes aktif Covid-19 di Malaysia dengan jumlah kumulatif kes aktif kini mencecah 47,286.

Sungguhpun begitu, sebanyak 3,542 kes sembuh turut dilaporkan di seluruh negara.

Menerusi jumlah kes harian mengikut negeri, Selangor terus mencatatkan jumlah kes tertinggi semalam iaitu sebanyak 1,167 kes.

Diikuti Kuala Lumpur (939), Perak (331), Sabah (249), Negeri Sembilan (244), Pulau Pinang (223), Melaka (152), Kedah (142), Johor (108) dan Putrajaya (92).

Turut menyumbang kepada jumlah kes harian semalam adalah Sarawak (80), Pahang (71), Kelantan (61), Terengganu (32), Labuan (24) dan Perlis (12).

Menurut data tersebut, sebanyak lima kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,946 dan BID 7,636.

Sebanyak 45,657 kes dikuarantin di rumah, 30 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,539 kes di hospital, 25 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 35 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan