28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Amy, kumpulan Search diterima mengadap Sultan Johor

Ahli-ahli kumpulan Search merupakan anak kelahiran Johor Bahru dan Mersing.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENYANYI rock tersohor negara, Amy bersama kumpulannya Search hari ini diterima untuk mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman ditemani gitaris, Hillary Ang, Man Kidal dan pemain bass, Nasir Daud.

Ahli-ahli kumpulan Search merupakan anak kelahiran Johor Bahru dan Mersing.

Facebook Sultan Ibrahim berkata, dalam pertemuan itu baginda berkenan menerima cenderahati berupa piring hitam album Gothik Malam Edan serta beberapa cenderamata Search lain.

Advertisements

Amy bersama rakan-rakannya itu baru selesai menjayakan Konsert Search Endemik 2022 yang berlangsung selama dua malam pada 4 dan 5 Jun di Kuala Lumpur.

Konsert berkenaan mendapat liputan meluas selain maklum balas positif daripada peminat-peminat setia kumpulan rock legenda negara itu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan