Thursday, July 23, 2026

Suami hilang 15 jam rupanya maut atas pokok kelapa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEBIMBANGAN isteri terhadap suami yang tidak pulang ke rumah lebih 15 jam terungkai apabila suaminya dijumpai maut dalam keadaan tersangkut di atas pokok kelapa berhampiran rumahnya di Felda Aring 1 di sini semalam.

Rohani Ab. Rahman, 45, berkata, berita sedih kehilangan suami, Zaharuddin Ramli, 47, yang merupakan buruh kampung itu diketahui selepas adik iparnya memaklumkan kejadian itu pada pukul 7.30 pagi semalam.

Katanya, dia tidak menyangka pertemuan terakhir dia dan suami pada pukul 4 petang kelmarin merupakan yang terakhir antara mereka.

“Arwah sempat pulang ke rumah untuk mandi dan makan tengah hari sebelum keluar se­mula untuk memetik buah kelapa.

“Saya berasa tidak sedap hati kerana suami masih tidak pulang meskipun waktu sudah gelap,” katanya, lapor Kosmo!.

Rohani berkata, bimbang de­ngan keadaan itu, dia bersama enam anaknya berusia antara lima sehingga 30 tahun keluar dan mencari suaminya di sekitar kampung.

Katanya, sehingga pukul 7.30 pagi semalam, adik iparnya memaklumkan arwah tidak sedarkan diri tersangkut pada tali yang digunakan untuk memanjat dan memetik kelapa.

“Dia sempat memetik kira-kira 15 biji kelapa sebelum dia tersangkut atas pokok itu,” katanya.

Tambah Rohani, suaminya itu ada penyakit kencing manis dan sakit jantung sejak beberapa tahun lalu.

Anggota bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk me­nurunkan jenazah Zaharuddin.

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan