24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Sindiket dadah tumpas, ganja RM2.12 juta dirampas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SATU sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah ditumpaskan di Pulau Pinang melibatkan rampasan sebanyak 840 kilogram (kg) dadah jenis ganja bernilai RM2.12 juta.

Rampasan dadah itu yang terbesar di negeri itu bagi tahun ini hasil kejayaan operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama JSJN negeri yang melakukan dua serbuan di Sungai Bakap dan Nibong Tebal dekat sini, antara pukul 10.50 malam hingga 1 pagi pada Jumaat serta Sabtu lalu.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, turut ditahan dalam serbuan itu adalah lapan lelaki, iaitu enam rakyat tempatan dan dua warga Thailand berusia antara 35 tahun hingga 59 tahun, dipercayai terbabit dalam sindiket berkenaan.

Katanya, ketika serbuan di sebuah kawasan perumahan, anggota sindiket itu sedang memunggah ketulan mampat ganja kira-kira satu kilogram setiap satu ke dalam sebuah lori dipercayai untuk diedarkan.

“Modus operandi sindiket ini adalah menyeludup masuk dadah ganja dari selatan Thailand melalui jalan laut untuk diedarkan di pasaran tempatan.

Advertisements

“Sindiket ini dipercayai mula aktif sejak hujung 2021 dan dadah yang dirampas ini jika terlepas ke pasaran boleh digunakan oleh seramai kira-kira 1.68 juta penagih,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Kontinjen Polis (IPK) Pulau Pinang hari ini, lapor Utusan.

Menurut Ayob Khan, ujian air kencing ke atas suspek mendapati empat daripada mereka positif dadah jenis THC manakala seorang positif morfin.

Beliau berkata, seramai lima daripada mereka didapati mempunyai rekod lampau di bawah kesalahan dadah dan jenayah.

“Menerusi operasi ini, kita turut menyita pelbagai aset sindiket terbabit yang dianggarkan bernilai RM80,000 menjadikan jumlah rampasan dadah dan sitaan adalah RM2.2 juta,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek direman tujuh hari bermula 11 Jun lalu bagi membantu siasatan.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan