26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

Penghuni flat selamba ‘cop’ parkir, macam duduk kondo

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN seorang lelaki yang kelihatan sedang ‘cop’ parkir di sebuah kawasan perumahan flat mengundang kemarahan orang ramai dalam media sosial.

Menerusi perkongsian oleh @malaysiaviral di Twitter, kelihatan lelaki mengalihkan kenderaannya untuk keluar dari parkir tersebut dan meletakkan tong sampah sebagai ‘tanda’ parkir itu miliknya.

Tindakan penghuni kediaman terutama flat yang meletakkan kon atau sebarang objek untuk dijadikan tanda tempat letak kereta dianggap menjengkelkan.

Dalam pada itu, rata-rata orang ramai kurang senang dengan tindakan segelintir penduduk kawasan perumahan flat sehingga meninggalkan reaksi di ruangan komen.

“Tolong buat liputan rumah teres yang parkir kereta 10 biji depan rumah. Ada yang sampai parkir depan rumah jiran,” komen seorang pengguna.

“Hidup nak kayangan tapi tidak sedar diri,” marah seorang lagi pengguna.

“Manusia yang ada pemikiran berbeza macam ini boleh elak dari hidup dengan komuniti macam ini, elak untuk ketenteraman jiwa.

Baca juga:   Nurbalqis penterjemah Melayu-Turki pertama dapat pengiktirafan

“Simpan duit beli rumah yang mahal sikit,” kata pengguna lain.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Poster tular pengeluaran terakhir RM100 hingga RM50,000 diluluskan KWSP palsu

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) nafi meluluskan pengeluaran sebanyak RM100 hingga RM50,000 sebelum AidilFitri oleh Menteri Kewangan melalui poster...

Lagi Artikel Berkaitan