29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Remaja ditahan miliki pil kuda bernilai RM100,050

Remaja berkenaan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG remaja berusia 19 tahun ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis pil kuda bernilai RM100,050 di kawasan Kampung Gual Pasung Hantu, Pasir Mas, semalam.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa, Deputi Superintendan Ramesh Krishnan berkata, menerusi Op Wawasan, pada jam 11.30 malam, polis telah membuat rondaan dan mendapati seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan.

“Polis menghampiri lelaki tersebut, walaupun (lelaki itu) cuba melarikan diri, namun dia berjaya ditangkap.

“Hasil pemeriksaan ke atas lelaki tersebut mendapati satu bungkusan plastik lutsinar yang mengandungi pil kemerahan yang dipercayai pil kuda telah dirampas.

Advertisements

“Rampasan keseluruhan dadah itu berjumlah RM100,050,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujar Ramesh lagi, rampasan itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.

“Pihak PGA akan terus mempertingkatkan serta mengetatkan kawalan sempadan dengan memantau pengkalan haram di sepanjang Sungai Golok sehingga Pengkalan Kubor bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) dan jenayah rentas sempadan,” katanya lagi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan