28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 18, 2022

Pelajar universiti ditemui meninggal dunia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MISTERI bau busuk sejak beberapa hari lalu akhirnya terungkai selepas mayat seorang pelajar lelaki ditemui di dalam bilik berkunci di sebuah universiti sekitar daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 7.45 petang semalam.

“Kes ini membabitkan seorang pelajar tahun akhir berusia 29 tahun jurusan Sarjana Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

“Siasatan awal mendapati, mayat pelajar terbabit ditemui di sebuah bilik di tingkat lima dalam keadaan terlentang di tepi katil.

“Mangsa yang ditemui tidak memakai baju dan hanya berseluar panjang itu difahamkan tinggal di bilik berkenaan seorang diri.

“Pintu juga dalam keadaan berkunci dan tingkap bertutup rapat. Pemeriksaan mendapati barangan berharga seperti komputer riba dan telefon bimbit milik mangsa masih berada dalam bilik tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baca juga:   Nazri Aziz umum bersara, beri peluang orang muda

Mengulas lanjut, saksi ada memberitahu telah pergi ke bilik mangsa pada pukul 4.30 petang kerana telah lama tidak berjumpa dan mendapati bilik mangsa berbau busuk.

“Saksi telah memberitahu felo pelajar sebelum beberapa kakitangan universiti terbabit membuka pintu bilik mangsa menggunakan kunci pendua.

“Sebaik pintu dibuka, mangsa ditemui terbaring dan mereka menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut. Kali terakhir mangsa ditemui adalah pada dua hari lalu, siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dikesan,” jelasnya.

Baca juga:   Dadah pelbagai jenis hampir RM4 juta dilupuskan esok

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat pelajar terbabit telah di hantar ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut. – Edisi 9

Terkini

874 calon STPM 2021 peroleh PNGK 4.00

SERAMAI 874 atau 2.41 peratus calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2021 memperoleh purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 4.00...

Lagi Artikel Berkaitan