24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Padah cuba sogok pegawai kanan polis, empat lelaki ditangkap

Kesemua suspek kini ditahan reman di IPD Sentul bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PADAH buat empat lelaki apabila cubaan menawarkan rasuah sebanyak RM25,000 kepada pegawai kanan polis gagal apabila ditahan menerusi Ops Kontraban di sebuah premis sekitar Kepong, Kuala Lumpur semalam.

Operasi berkenaan dijalankan Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK), Pasukan Gerakan Khas (PGK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin, salah seorang daripada suspek pernah ditahan di lokasi yang sama pada 16 Mac lalu dengan nilai rampasan berjumlah RM736,658.

“Dua lelaki tempatan berusia 40 dan 46 tahun itu telah ditahan ketika menawarkan sogokan berjumlah RM25,000 kepada pegawai kanan polis.

“Kita turut memberkas dua lagi suspek lelaki berusia 26 tahun dan seorang warga Sri Lanka berusia 30 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Sementara itu, Noorsiah berkata, pihak polis turut membuat rampasan 34,536 tin minuman keras jenis bir, 889 botol minuman keras jenis liquor, dua buah kenderaan pacuan empat roda dan wang tunai berjumlah RM42,157.

Mennurutnya, nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan berjumlah RM1.22 juta.

“Kesemua suspek kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan