25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025

Pandelela-Dhabitah menang gangsa Kejohanan Dunia

Pingat gangsa kedua Pandelela di Budapest setelah turut meraih pingat sama dalam acara 10m platform individu wanita sebelum ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RATU terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri berjaya memenangi pingat gangsa Kejohanan Dunia 2022 dalam acara 10 meter (m) plaftorm seirama wanita lewat malam tadi.

Pandelela-Dhabitah meraih 298.68 mata keseluruhan selepas lima terjunan pada aksi final yang berlangsung di Arena Danube, Budapest, Hungary.

Gandingan sensasi negara itu terpaksa akur tewas 0.72 mata sahaja kepada pasangan Amerika Syarikat (AS), Delaney Schnell-Katrina Young yang meraih pingat perak dengan markah keseluruhan 299.40.

Pingat emas pula seperti diramal menjadi milik juara Olimpik Tokyo 2020 dari China, Quan Hongchan-Chen Yuxi yang langsung tidak dicabar apabila mengutip 368.40 mata.

Advertisements

Ini adalah pingat pertama dalam karier Dhabitah di Kejohanan Dunia selepas gagal melakukannya dalam tiga edisi 2015, 2017 dan 2019.

Manakala bagi Pandelela, ini pula merupakan pingat gangsa kedua peribadinya dalam edisi kali ini selepas memenanginya dalam acara 10m platform individu wanita sebelum ini.

Sebagai rekod, ini adalah kejayaan podium ketiga buat gandingan Pandelela-Dhabitah selepas terdahulu memenangi pingat gangsa Sukan Komanwel Glasgow 2014 dan pingat emas Sukan SEA Vietnam 2021.

Advertisements

Terkini

Richiamo jalin kerjasama dengan De Xandra, Rico Rinaldi

RICHIAMO Coffee Sdn Bhd mengumumkan kerjasama dengan pengeluar pewangi kenderaan, De Xandra serta pereka fesyen dan pengeluar pakaian terkenal...

Lagi Artikel Berkaitan